Kajian Tentang Madu Kelulut
Mungkin asing bagi sesetengah org yang masih baru atau belum pernah mendengar bahawa lebah kelulut dapat menghasilkan madu . Malahan madunya boleh di makan sebagai supplimen makanan harian atau sebagai penyembuh (ubat) untuk pelbagai penyakit yang dijangkiti seperti kencing manis, stroke, hepatitis, kanser, hipertensi( tekanan darah tinggi) , batu karang, gout, batuk, asma (alahan) dan lain-lain.,dengan izin Allah. Di dalam nilai perubatan dan nutrisi, ianya adalah lebih baik berbanding madu lebah biasa di pasaran.
Dari pengumpulan Nektar debunga yang di simpan melalui perut simpanan (bukan intestin /perut najis ) akan terhasil sebagai sebatian protein dan multi Vitamin, Enzim, mineral-mineral serta antioksida. Kandungan glukos dan fruktos(Gula ringkas) juga membantu di dalam penyerapan mudah makanan di dalam tubuh untuk sumber tenaga tanpa proses pencernaan.
Bagi saya apa yang boleh kita katakan di sini bahawa madu ( tidak kira lah ianya dari jenis Lebah atau Lebah Kelulut) , adalah terbukti keperluannya di dalam bidang perubatan oleh kerana khasiatnya yang amat tinggi. Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
No comments:
Post a Comment